SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH LAUT MERAH


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’

Sabda Nabi SAW: ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

______________________________________

sumber: http://halimislam.blogspot.com

MENGAPA BERWUDUK?


Umatku (kelak di hati kiamat) akan dipanggil ‘putih bersinar’ kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu).” –diriwayatkan oleh Bukhari

Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku ”Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”.

Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggota wuduk sahaja:

Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.

Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.

Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.

Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.

Faktafakta ini saya ambil dari buku “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”. Saya harap dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti semula cara kita mengambil wuduk selama ini adakah sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan. Belajar lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda.

Sumber: http://www.fikrahislam.com/

_____________________________________

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.

Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )

Huraian

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

Sumber: http://supermilan.wordpress.com

—————————————————————

KEAJAIBAN KAABAH DAN MAKKATUL MUKARRAMAH


Berjuta umat Islam seluruh dunia datang ke Makkah pada setiap tahun untuk mengerjakan Haji, Umrah dan juga Ziarah. Tidak ada agama lain yang punya kota suci sehebat Makkah!!

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿٥٣﴾

Firman Allah SWT: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (segala ufuk-ufuk dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? ” (Fussilat 41:53).

Makkah, iaitu kota suci bagi umat Islam bukan saja menjadi pusat ibadah, ia adalah pusat bagi planet bumi ini. Ketika saya masih bujang lagi, saya ada membaca sebuah kitab lama yang mencatat bahawa planet bumi ini pada asalnya dipenuhi air. Tapak Ka’abah itu adalah kerak bumi yang mula-mula sekali muncul di permukaan lautan, kemudian barulah muncul tanah-tanah yang lain hingga menjadi benua-benua. Itu catatan kitab lama. Akhir-akhir ini pakar-pakar Muslim telah menimbulkan semula perkara itu dan telah menghujahkan bahawa Makkah adalah ‘pusat bumi’. Sila baca seterusnya.

MAKKAH SEPINTAS LALU

MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan rasulNya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya:

Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu). (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi).

Ibn ‘Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda:

Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain.

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang- kurangnya lima kali sehari semalam. Ia menjadi tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.

Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik. Hal ini dibuktikan oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. (Berita Harian 21 December 2004)

KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT

MAKKAH berada hampir dengan Laut Merah. Tanah Arab merupakan semenanjung, sebagaimana kedudukan Tanah Melayu..

Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu (masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu, maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar Greenwich.

The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT). The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21, 2008 for a conference titled “Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice.” The conference sought to promote “Ijaz al-Koran” – the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the central Islamic religious text reveals many scientific facts. (en.wikipedia.org)

Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Ianya diberi nama “Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice.” Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang menjadi pelopor jam Makkah.

Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah, khususnya Ka’abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah adalah PUSAT BUMI.

The conference revived a decades-old controversial issue, contending that the Greenwich Meridian was “imposed” by Britain and Western civilization during the colonial period and that Islam, unlike other religions in their view, does not contradict science. One of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this as evidence of the “greatness” of the qibla – the direction determined to be towards Mecca that Muslims across the world must turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk, the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anti-clockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The “Mecca watch” (Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers. (en.wikipedia.org)

Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia.

Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak bumi).

Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.

The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)

Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam, Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar.

Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah adalah PUSAT BUMI.

Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.

Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.
Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di muka bumi.

Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan peradabannya,” ujar Qaradhawi.

Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari bukti saintifik dari Al-Qur’an. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran ilmiah sudah termaktub dalam Al-Qur’an, dan tugas para ilmuwan ialah mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Qur’an tersebut.

BARAT MENENTANG IDEA INI

Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar menolak bukti saintifik lantaran bias ini.

Masjidil Haram dan Ka’abah dilihat menerusi satelit (perisian Google Earth)

Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak menjadi masalah. “Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem yang sudah ada,” katanya.

Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich. Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.

Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam. Kata Moedji “Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia tertuju ke sana.” Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, “Dari segi matematik itu bisa dilakukan.” (islamonline)

MAKKAH DAN GOLDEN RATIO

Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.

Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden Mean 1.618. “This discovery is made by the 3d graphic artist, director who made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the miracles named Holy Mysteries”.

Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.Selanjutnya, jika dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan (19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.

Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga punya nisbah TEPAT 1.618. Beliau juga telah mengukur garis silang dari Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya Golden Ratio 1.618

BAKA PGA MIRI

GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI

Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama: Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden Ratio. Para skeptik mungkin berkata: “Mengapakah dua fakta ini bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?”.

Maka sebagai permulaan, kita jawab: “Perhatikan pusat (navel) anda sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean “The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for the whole figure from the top of the head to the soles of the feet… this is also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk). Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat itu, lalu mengalami proses tumbesaran.

Unjuran Craig Retro-Azimuthal

Peta Unjuran Craig Retroazimuthal menunjuk titik merah adalah Makkah yang menjadi pusat peta Unjuran.

Peta unjuran Craig Retroazimuthal  telah dicipta oleh James Ireland Craig pada tahun 1909. Ia adalah unjuran silinder merujuk kepada arah dari mana-mana tempat lain, tempat yang telah ditetapkan pada masa yang sama mengelakkan beberapa herotan  unjuran Retroazimuthal Hammer. Ia kadang-kala dikenali sebagai unjuran Makkah kerana Craig yang pernah bekerja di Mesir sebagai cartographer, mencipta unjuran untuk membantu umat Islam mencari kiblat.

Unjuran Equidistant Azimuthal

Unjuran Azimuthal Equidistant

Unjuran Equidistant Azimuthal, berpusat pada Mekah, dan garis hijau menunjukkan Kiblat (arah terpendek ke Kaabah di Mekah, 21 ° 25 ’21 “N, 39 ° 49′ 34” E) masalah dengan unjuran ini yang menunjukkan dengan betul arah DARI Mekah, tetapi tidak arah Mekah, yang merupakan apa yang perlu tahu ke arah mana untuk bersolat.  Sumber: http://www.geog.ucsb.edu/events/department-news/739/the-geography-of-prayer/

AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. – Ali ‘Imran: 96

Verily, the first House (of worship) appointed for mankind was that at Bakkah (Makkah), full of blessing, and a guidance for Al-’Alamîn (the mankind and jinn).” (Dr Mohsin).

Lo! the first Sanctuary appointed for mankind was that at Becca, a blessed place, a guidance to the peoples; (Marmaduke Pickthal).

The first House (of worship) appointed for men was that at Bakka: full of blessing and of guidance for all kinds of beings: (Yusuf Ali).

Artikel berkaitan:  SEJARAH MASJIDIL HARAM (MAKKAH)

_______________________________________
Dikemaskini dari sumber:

  • zharifalimin.blogspot
  • geographer-at-large.blogspot
  • ibnulazim.wordpress.com

AL-QURAN MENJAWAB MISTERI BINAAN PIRAMID


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿٣٨﴾

Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) adalah dari orang-orang pendusta. (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Wallahu’alam….

sumber: http://hasnulhadiahmad.com/

PENEMUAN MANUSIA RAKSASA KAUM ‘AD (UMAT NABI HUD A.S)


______________________________

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ.- سورة فصلت﴿١٥﴾

Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). – Fushshilat – 15

————————————-

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.


Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ﴿٦﴾ إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ ﴿٧﴾ ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَـٰدِ ﴿٨﴾

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

___________________________________________________________
Sumber: http://snopes.com/photos/odd/giantman.asp

BLACK HOLE DAN SIJJIN


Gambaran Black Holes

Black Holes tidak dapat dilihat walaupun dengan menggunakan teleskop optik kerana ia menyedut cahaya dari apa jua objek yang mengeluarkan cahaya (bintang sebagai contoh) malahan ia turut menghisap jisim dari apa saja objek yang berhampiran disebabkan oleh tarikan gravitinya yang amat kuat sekali.

Matahari juga boleh menjadi calon Black Hole disuatu hari nanti apabila ia kehabisan bahan bakar termonuklear di mana ia akan meletup menjadi Supernova sebelum jisimnya meruntuh kedalam dirinya sendiri dengan menghasilkan ketumpatan jisim yang amat tumpat menyebabkan kekuatan graviti dalaman bertambah berkali-kali ganda sehingga mampu menarik mana-mana cahaya yang melintasinya.Secara saintifiknya, Black Hole digelar sedemikian rupa kerana ia tidak dapat dilihat lantaran ketidak wujudan cahaya padanya, tetapi apabila gas-gas dan debu-debu objek samawi misalnya bintang-bintang ataupun nebula ditarik kepadanya, bahan-bahan ini berkelajuan tinggi berkadar dengan suhu yang hasilnya adalah letusan bertenaga tinggi yang sudah tentu boleh dikesan dengan teleskop radio.

Nebula (gambar) juga boleh ditarik oleh Black Hole selain bintang-bintang yang bertaburan di angkasa

Bukanlah disebabkan Black Hole itu tidak dapat dilihat maka ia menjadi satu hipotesis tetapi ia sebenarnya menjadi satu fakta apabila cerapan menggunakan teleskop radio mengesahkan denyutan yang menjadi bukti kewujudannya. Denyutan yang dimaksudkan di sini adalah Black Hole membebaskan sejumlah tenaga bergelombang pendek yang terdiri dari sinar Gamma dan sinar X akibat penghasilan suhu yang amat tinggi diterasnya.

Teleskop radio dapat mengesan kewujudan Black Hole

Penghasilan suhu yang amat tinggi ini bersumberkan dari jisim jasad-jasad lain yang disedut dan ditelannya hatta cahaya sekalipun. Terdapat banyak calon-calon Black Holes di angkasa lepas seperti Kuasar dan juga pusat galaksi termasuk Galaksi Bima Sakti kita. Setiap galaksi adalah berputar yakni ia mempunyai banyak ‘lengan’ yang bertindak seperti jejari kipas yang berputar. Sistem suria kita berada di atas lengan Orion.

Sistem suria kita yang berada di lengan Orion pada Galaksi Bima Sakti (keseluruhan gambar)

Tentu anda akan faham jika dikatakan bahawa Buruj Orion (Si Pemburu atau Osiris) yang kita boleh melihatnya saban malam pada bulan yang tertentu adalah berada di atas salah satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way’s spiral arms). Justeru lengan Orion telah dinamakan kerana ia mengandungi bintang-bintang dari konstellasi (Buruj) Orion yang berada di atas salah satu lengan pusaran Bima Sakti yang menampung kedudukan sistem matahari kita ini.Putaran galaksi yang terkuat diketahui di pusatnya (galactic center). Di sinilah barangkali Super-massive Black Hole (Lubang Hitam Super-tumpat) yang terkuat wujud di alam semesta kerana ia menghasilkan letusan sinaran yang amat dahsyat di mana gas yang berputar mengelilingi lubang hitam akan merupai kolam pusingan (lubuk maut angkasa) yang amat-amat besar yang berpusing beberapa ribu kilometer per saat.

Di sini gas-gas menjadi padat dengan bintang-bintang berkumpul sambil pusar-memusar, suhu meningkat dan memanaskan kabus gas di sekeliling.Gas dan bintang-bintang itu ditarik mengelilingi lohong hitam dan menghadapi risiko tertarik kedalam di mana sesetengah bahan ada juga yang terpelanting keluar. Bahan-bahan yang ditarik atau ditendang sebenarnya menunjukkan ke arah lohong hitam galaksi. NGC1275 merupakan calon yang sesuai bagi sebuah Black Hole tetapi sebenarnya ia adalah sebuah galaksi walau seakan-akan Kuasar.

NGC1275 yang dilihat dari teleskop Hubble

Kuasa tenaga NGC1275 amat kuat, gelombang radio yang dipancarkan adalah lebih banyak dari cahayanya sendiri. Sebab itu ia tidak kelihatan luar biasa jika dilihat secara optikal. Walaupun kelihatan normal, ia mempunyai denyutan radio yang sangat berkuasa di pusatnya. Cuma satu benda saja yang boleh keluarkan begitu banyak tenaga iaitulah lohong hitam yang besar dan ianya mungkin terdapat di tengah-tengah pusat tersebut. NGC1275 menyinar dengan keamatan cahaya 100 ribu juta kali lebih terang dari matahari walau ia dipancarkan dari kawasan yang kecil sahaja di mana cahaya ini pastinya datang dari lohong hitam besar yang berputar itu. Galaksi dibentuk oleh gas hidrogen yang disatukan oleh graviti, ditengah-tengahnya gas itu dimampatkan. Jika cukup mampat, lohong hitam akan terbentuk.

Walaupun jika lohong hitam yang terbentuk itu hanyalah sebesar sistem suria kita, ia tetap dapat menarik apa jua yang melintasi atau menghampirinya. Kuasar (Quasar) mempunyai tenaga yang jauh lebih kuat dari sesuatu galaksi, mungkin daya graviti lohong hitamnyalah yang memberi tenaga kepadanya. Selain dari Kuasar dan pusat galaksi, andaian sesebuah bintang untuk menjadi black hole juga tidak dapat ditolak.Bintang Cygnus X-1 iaitu sebuah bintang kembar dua yang memancarkan sinar-X paling terang dalam Buruj Cygnus (Angsa) merupakan calon bagi sebuah Black Hole. Ia menjadi calon bagi Black Hole kerana salah sebuah kembarnya yang tidak dapat dilihat sedang menyedut gas-gas dan jisim dari kembarnya yang satu lagi. Sedutan gas-gas dan jisim ini meletuskan radiasi sinar-X paling hebat di angkasa.

Bintang Cygnus X-1 yang terletak di Buruj Cygnus

Salah satu calon Black Hole yang lain dari kategori bintang ialah V861 Scorpii di Buruj Scorpius. Pada 26 Mei 1994 yang lalu, berdasarkan pemerhatian teleskop angkasa lepas Hubble (HST), NASA telah mengumumkan penemuan sebuah Black Hole. Ia begitu jelas kelihatan di mana bahan-bahan serta gas disedut masuk kedalam satu lubang yang dikelilingi oleh awan-awan gas (nebula).Apa yang menjadi misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu. Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA.

Adakah teleskop Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak. Hubble dengan peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat, saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan. Menggunakan resolusi peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa itu.

Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan fizikal manusia.Tidak diketahui di mana imej tersebut kini. Sebenarnya banyak lagi imej yang boleh membawa kepada kebenaran Islam telah disembunyikan oleh pihak NASA dengan alasan sulit dan rahsia besar (Top Secret Classified). Sekarang apa telahan anda?. Sebenarnya tidak sukar untuk mempertemukan ayat atau dalil Al Quran berkenaan Black Hole dengan adanya penemuan dari NASA seperti yang disebutkan di atas itu tadi.Adakah penemuan “Neraka” di angkasa itu benar-benar neraka dalam erti kata yang sebenarnya? Walaupun kita sedar dan tahu bahawa neraka itu benar sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadis, sekarang kita berdepan pula dengan penemuan “Neraka” dari ahli sains astronomi. Mari kita lihat hadis Nabi SAW berkenaan neraka.

Bersabda Rasulullah SAW:

Api kamu ini adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api di neraka Jahannam. Para sahabat mengatakan: Yang ini pun sudah mencukupi. Berkata Nabi: Bahkan api neraka itu melebihi (api dunia) sebanyak enam puluh sembilan kali, setiap bahagiannya sama panasnya.”Bersabda baginda lagi:“Dibakar di atas neraka Jahannam seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam legam seperti malam yang gelap gelita.

Adakah takwil dari sabda Nabi “hitam legam” boleh merujuk kepada lohong hitam yang panas itu? Wallahua’lam. Tetapi sekurang-kurangnya begitulah kerana lohong yang hitam sememangnya benar-benar dahsyat panasnya! Hakikat ini tidak dapat ditolak. Namun Black Hole tidak dapat menjadi “Neraka” dalam erti kata hakiki walaupun penemuan NASA mengesahkan bagaimana bunyi raungan datang dari sumber Black Hole itu. Kenapa saya berkata begini? Ikuti alasan saya yang lain. Saya tidak ingin mengatakan jumpaan NASA itu satu neraka tetapi biarlah saya kemukakan Hadis dan dalil Al Quran berkenaannya.

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya bila seorang mukmin akan putus hubungannya dengan dunia dan segera akan menuju ke akhirat, maka datang kepadanya para malaikat dengan wajah terang bercahaya seperti terangnya sinar matahari. Mereka duduk sejauh pandangan mata orang mukmin itu. Kemudian datang malaikatul maut dan berkata: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju pengampunan dan kerinduan Allah. Maka keluarlah dan dibungkus dengan kain putih berbau amat harum dan dibawanya pergi. Malaikat lain bertanya: Siapa orang itu? Jawabnya: Fulan bin Fulan, namanya terbaik yang dipakainya di dunia. Maka ketika pintu langit dibuka, malaikat bersama menyembutnya. Kemudian Allah bertitah: Tempatkan hambaku ke dalam Illiyyin (langit ke tujuh tempat orang mukmin). Setelah itu dikembalikan ke bumi. [hadis ini amat panjang sekali, memadai ditaip setakat untuk menjelaskan. Jika hendak baca kesemuanya sila dapatkan buku bertajuk “Ibnul Qayyim: ROH: Perjalanan Bersama Roh Di Alam Lain: Perbahasan dan Komentar; Leila Mabruk” keluaran Thinkers Library]

Lain pula halnya dengan si kafir laknatullah yang hidupnya hanya mengabdi dunia semata-mata. Bila menjelang maut, bukan wajah seri malaikat yang datang tapi malaikat bermuka hitam dan kelam dengan pakaian berbulu. Didekati kepalanya, “Wahai jiwa yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan Allah”. Berkerumun malaikat saling berebut mencabut jasad. Dibungkus kain yang juga berbulu dengan bau yang amat busuk. Dibawanya ke atas. Malaikat yang dilewati bertanya: “Siapa si busuk itu?” Jawabnya: “Fulan bin Fulan”, disebutkan nama yang paling jelek di dunia. Sampai di langit, tak dibuka pintu baginya. Allah bertitah: “Catatlah namanya pada Sijjin (di bumi terendah dan ketujuh) dan rohnya ditempatkan di sana. Lalu firman-Nya lagi:

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seoalah-olah ia jatuh dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (Al Haj ayat 31)

Apakah Itu Sijjin?

Jika anda buka Surah Al Muthaffifin iaitu Surah ke-83 ayat 7 hingga 22 diterangkan apakah itu Sijjin dan apakah itu Illiyyin. Menurut tafsir Quran menyebut bahawa Sijjin itu adalah ‘penjara’ di mana kitab amal orang-orang yang jahat itu terletak di situ dengan kesempitan, kegelapan, kehinaan dan penyeksaan di penjara itu menjadi gambaran nasib malang dan kecelakaan.Manakala Illiyyin ertinya tempat yang tinggi dan mulia di mana kitab amalan orang-orang soleh (baik) berada dan disimpan di situ, tidak akan hilang dan tidak akan rosak. Jika penerangan berkenaan laungan penyeksaan orang-orang yang tercelaka dinyatakan dalam Al Quran itu tadi sebagai memperlihatkan akan apa yang telah dijumpai oleh pihak NASA. Barangkali saja Sijjin adalah lubang siksaan atau telaga yang amat dalam yang kita kenali sebagai Black Hole dalam dunia saintifik ini.Roh orang-orang kuffar akan ditempatkan terlebih dahulu di Sijjin (Black Hole) ini sebelum ditempatkan pula di Neraka pada hari kiamat. Inilah hakikatnya. Wallahua’lam bil ghaib.

Saya tidak menganggap Neraka yang sebenar (An Nar atau Hell) berada dalam Alam Semesta kerana apa yang kita nampak walaupun satu titik cahaya di satu penjuru Alam Semesta dengan menggunakan teleskop yang paling berkuasa di dunia ini sekalipun sebenarnya masih berada dalam lingkungan Langit Pertama yang diperkatakan jauhnya oleh saintis kaji bintang sebagai 15 ribu juta tahun cahaya.

Menurut apa yang saya faham, jika langit diperkatakan mengandungi tujuh lapis, perlu saja menempuhi tujuh pintu langit untuk sampai ke sana sama ada ke Syurga atau ke Neraka. Saya juga berpendapat bahawa jika koordinat galaktik di mana satah pelataran Galaksi Bima Sakti dijadikan asas paksi Utara dan Selatan Alam Semesta (perhatian: Alam Semesta bermaksud rantau yang dikelilingi Langit Pertama), maka paksi Utara Galaksi Bima Sakti (paksi Utara galaktik) mungkin menuju terus ke Syurgawi manakala paksi Selatan Galaksi Bima Sakti (paksi Selatan galaktik) pula mungkin menuju terus ke arah Neraka. Itupun perlu menempuhi kejauhan jarak jejari dari pusat Galaksi Bima Sakti ke pintu Langit Pertama sahaja sudah sejauh 15 ribu juta tahun cahaya (perhitungan saya: 14 ribu 285 juta 714 ribu 290 tahun cahaya atau jarak 135 ribu 150 juta 402 ribu 857 billion kilometer). Itu belum lagi menempuhi tujuh lapis langit keseluruhan yang saya perkirakan sebagai sejauh 100 ribu juta tahun cahaya atau 946,052,819,600,000,000,000,000 km atau 946 ribu 52.8196 trillion kilometer.

Jarak visual 100 juta tahun cahaya (bukan 100 ribu juta tahun cahaya)

Apa yang telah saya dapati menurut kajian saya ini adalah angka bagi jarak dalam kilometer dari pusat Galaksi Bima Sakti ke final frontier Langit ke-7 adalah bersamaan dengan perjalanan cahaya matahari selama setahun yang memungkinkan cahaya matahari akan mengambil masa selama 100 ribu juta tahun untuk tiba di pintu Langit ke-7 andai semua pintu langit tadi dibukakan serentak menurut konseptual Isra’ Mi’raj. Wallahua’lam bil ghaib.Saya bukannya meneka-neka atau mereka-reka seperti apa yang telah saya pertunjukkan itu tetapi berdasarkan penyelidikan semenjak 13 tahun yang lalu. Benar atau tidak hanya Allah jualah yang lebih mengetahui kerana saya hanya mencuba, satu cubaan yang tidakpun ingin bercanggah dengan Islam tetapi sebagai satu kenyataan bahawa tidak mungkin ada siapa pun di kalangan manusia atau jin atau syaitan yang berupaya untuk melintasi jarak sejauh itu.Jadi, sesiapa yang berasa tidak redha takdir Allah ke atasnya di alam dunia ini, perlulah dia keluar dari lingkungan jarak 946 ribu 52.8196 trillion km.

Bagaimana mungkin? Firman Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 33:“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.”(Surah Ar Rahman ayat 33) Astaghfirullahal ‘azhim. Begitulah tuan-tuan.

Kesimpulannya Black Hole dengan Sijjin kemungkinannya adalah satu istilah yang sama. Terdapat amat banyak sekali Black Hole atau Sijjin di Langit Pertama ini yang menunggu sesiapa saja yang mungkar untuk disumbatkan rohnya kedalamnya.Ayat 19 Surah An Nabak dan ayat 16 Surah Al Haaqqah bukannya pembayang yang tepat kepada Black Holes kerana ia berkenaan pra-kehancuran ataupun kehancuran total Alam Semesta dari Langit Pertama sampai Langit Ke-7. Jangan fikir angka 7 bermakna angka bagi orang-orang dahulukala yang merujuk kepada infiniti kerana ketujuh-tujuh lapisan langit adalah pasti menurut Al Quran bahkan spektrum cahaya juga mempunyai 7 lapis iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.Mungkin warna setiap pintu yang menjadi sempadan setiap lapis langit juga demikian di mana pintu Langit Pertama adalah berwarna ungu. Justeru apabila kiamat, semua pintu langit pecah berderai maka pintu Langit ke-7 memperlihatkan rupanya dengan warnanya sebagai kilapan merah mawar sepertimana yang diterangkan oleh Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 37:“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak”.

Supernova yang berbentuk seperti mawar merah

Amat banyak sekali ayat Quran yang menerangkan kejadian kiamat terutama sekali dalam juz yang terakhir.

Sumber: http://falak.org/

KEHEBATAN AL-HADID (BESI) DALAM AL-QURAN


Memang menakjubkan, tampaknya, dalam pelajaran teologi, nama salah satu elemen kimia dalam jadual periodik, yaitu besi (Fe = ferrum) bisa menjadi salah satu judul surat dalam kitab suci agama. Dan hal ini diperdebatkan sebagai salah satu hal yang dianggap sebagai salah satu kelemahan Al-Qur’an. Tetapi itulah Al-Qur’an, dan apakah ini akan menjadi salah satu kelemahan, atau malah salah satu pesona yang tak terbantahkan dari Al-Qur’an? Sehingga pertanyaan bagi orang awam tentunya, karakter apa yang menarik pada surat ini? Lalu, mengapa besi dijadikan salah satu nama surat dalam Al-Qur’an? Bukankah emas, misalnya, adalah logam mulia yang lebih berharga?

Surat ini turun di antara masa-masa Perang Uhud, pada awal terbentuknya Negara Islam di Madinah. Oleh karena itu, bisa dipahami jika cukup banyak ayat yang memerintahkan pembaca untuk menafkahkan harta bagi kepentingan umum. Nama surat terambil dari kalimat wa anzalnal-hadida, ayat 25. Ayat seperti ini, menurut pandangan Malik Ben Nabi, laksana “kilauan anak panah” yang menarik perhatian bagi kaum berakal; yang diselipkan di antara pelajaran-pelajaran yang menyangkut ketuhanan.

 Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan/turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Maha Perkasa.” Qur’an surah Al-Hadiid 57 : 25

Karakter pertama, yang menarik perhatian adalah banyak penafsir menghindari terjemahan wa ansalnal-hadida dengan “Kami ciptakan besi”, padahal secara intrinksik seharusnya. “Kami turunkan besi”, sebagaimana terjemahan “Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan mizan (keadilan, keseimbangan, keselarasan, kesepadanan)”. Mengapa demikian? Karena dalam bayangan mufasir klasik, bagaimana caranya besi diturunkan dari langit? Apakah dijatuhkan begitu saja?

Namun seiring dengan perkembangan waktu, pengetahuan manusia bertambah. Ilmuwan seperti Profesor Armstrong dari NASA atau Mohamed Asadi berpandangan bahwa “memang besi diturunkan dari langit”. Sains memberikan informasi kepada kita bahwa besi termasuk logam berat tidak dapat dihasilkan oleh bumi sendiri.

Energi sistem tata surya kita tidak cukup untuk memproduksi elemen besi. Perkiraan paling baik, energi yang dibutuhkan adalah empat kali energi sistem matahari kita, dengan demikian besi hanya dapat dihasilkan oleh suatu bintang yang jauh lebih besar daripada matahari, dengan suhu ratusan juta derajat Celsius. Kemudian meledak dahsyat sebagai nova atau supernova, dan hasilnya menyebar di angkasa sebagai meteorit yang mengandung besi, melayang di angkasa sampai tertarik oleh gravitasi bumi, di awal terbentuknya bumi miliaran tahun yang lalu.

Karakter kedua, ketika menjelaskan besi “memberikan kekuatan yang hebat” barangkali pembaca membayangkan senjata pemusnah sekelas ICBM, Intercontinental Ballistic Missile (peluru kendali antarbenua) atau senjata pemusnah massal seperti senjata kimia. Tetapi bukan hanya itu. Nikmat yang paling besar yang diberikan Tuhan kepada umat manusia adalah “desain bumi”. Bumi dan isinya dilindungi oleh Sabuk Van Allen yang membungkus bumi seolah-olah perisai berbentuk medan elektromagnetik berenergi tinggi. Perisai dengan “kekuatan hebat” ini tidak dimiliki oleh planet-planet lain.

Sabuk radiasi yang membentuk energi tinggi, terdiri dari proton dan elektron, mengelilingi ribuan kilometer di alas bumi, diberi nama Sabuk Van Allen. Sabuk ini melindungi bumi dan isinya dari ledakan dahsyat energi matahari yang terjadi setiap 11 tahun sekali yang disebut solar flares. Ledakan dahsyat ini bila tidak ditahan di angkasa dapat meluluh-lantakkan semua kehidupan di bumi, dengan kekuatan setara 100 juta bom atom Hiroshima. Perlindungan juga didapatkan dari serangan badai kosmis yang membahayakan umat manusia. Bagaimana sabuk perisai ini terbentuk? Sabuk ini terbentuk dari inti bumi yang besar, yaitu terdiri dari besi dan nikel. Keduanya membentuk medan magnet yang besar, yang tidak dimiliki oleh planet lain, kecuali planet Merkurius, dengan radiasi yang lebih lemah.

Barangkali kita sekarang paham mengapa besi menempati salah satu judul surat di dalam Al-Qur’an. Inti besi dan nikel “melindungi makhluk bumi” berupa perisai elektromagnetik dengan “kekuatan yang hebat”. Namun yang terpenting, Al-Qur’an ingin menunjukkan kepada pembaca bahwa besi tidak dapat diproduksi di bumi. Oleh karena itu, ia langsung diturunkan dari langit untuk dimanfaatkan oleh manusia sesuai dengan ayat 25.

Harap pembaca juga memperhatikan kodetifikasi di alam raya, solar flares terjadi 11 tahun sekali. Metonic cycle 19 tahun sekali, komet Halley rata-rata 76 tahun sekali mendekati bumi, penyesuaian Kalender Lunar mengikuti siklus 11 tahun dan 19 tahun.

Elemen Berat Besi (Isotop Fe-57)

Karakter ketiga, berhubungan dengan elemen kimia dalam tabel periodik. Kita tidak mungkin menafsirkan Surat Besi tanpa “membedah” elemen kimia besi berikut karakterisistiknya, yang berhubungan dengan kata al- hadid. Tanpa mengenal sifat¬sifat besi, pembaca tidak akan mengetahui “keindahan” Surat Besi ini, yang diletakkan pada nomor 57.

___________________________________

Ahli astronomi moden berpendapat berpendapat bahawa besi berasal dari luar sistem suria (extra-terrestia) dan bukannya berasal dari perut bumi. Mereka berpendapat ia datang melalui meteorite (batu dari angkasa) yang jatuh ke bumi sejak dahulukala lagi. Menurut mereka lagi, adalah mustahil besi berasal dari bumi kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan satu atom besi lebih kurang 4 kali lebih banyak daripada tenaga dalam sistem suria ini.

Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (25)

….Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia….Surah al-Hadid;25.

Perkataan ‘diturunkan’ khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud ‘secara fizikal diturunkan dari luar angkasa’, kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.

Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah ‘diturunkan ke dalam bumi’. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan.

Di samping itu, nilai perkataan besi dalam bahasa Arab ‘Al-Hadid’ ialah 57. Jumlah ini adalah sama dengan nombor surah Al-Hadid iaitu surah nombor 57. Satu keajaiban…

Nilai perkataan Hadid (besi) ialah 26. Nilai ini adalah sama dengan nombor atom bagi besi (ferum) iaitu 26.
_____________________________________________
Sumber:
1-http://www.tayibah.com/
2- https://mahmudshah.wordpress.com/2011/09/24/besi-ferum/

%d bloggers like this: