IBN KHALDUN (1332/732H –1406/808H)


Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden

Ibnu Khaldun dikenal sebagai seorang sejarawan terkemuka. Lewat Kitab Almuqadimmah yang ditulisnya, Ibnu Khaldun menjadi salah seorang intelektual Muslim legendaris sepanjang masa. Selain berkontribusi pada bidang sejarah, politik dan ekonomi, Ibnu Khaldun pun mencurahkan pikirannya dalam bidang pendidikan.

Pemikirannya dalam bidang pendidikan bermula dari presentasi ensiklopedia ilmu pengetahuannya. Hal ini merupakan jalan untuk membuka teori tentang pengetahuan dan presentasi umum mengenai sejarah sosial dan epitomologi berdasarkan perkembangan ilmu pengetahuan.

Menurut Ibnu Khaldun, ilmu pengetahuan mengelompokkan ilmu pengetahuan menjadi dua macam, yakni; pengetahuan rasional dan pengetahuan tradisional. Pengetahuan rasional adalah pengetahuan yang diperoleh dari kebaikan yang berasal dari pemikiran yang alami.

Sedangkan pengetahuan tradisional merupakan pengetahuan yang subjeknya, metodenya, dan hasilnya, serta perkembangan sejarahnya dibangun oleh kekuasaan atau seseorang yang berkuasa.

Menurut dia, ketika seorang anak baru dilahirkan, maka sang bayi belum memiliki ilmu. ”Bayi itu seumpama sebuah bahan mentah yang harus diberi isi yang baik supaya menjadi orang dewasa yang berguna kelak,” tutur Ibnu Khaldun.

Ibnu Khaldun mengungkapkan, setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui organ-organ tubuh yang diberikan oleh Tuhan. ”Kita belajar menggunakan mata, telinga, mulut, kaki, dan tangan. Semua organ tubuh itu mendukung kita dalam proses pembelajaran demi mendapat ilmu pengetahuan,” ungkapnya.

Ibnu Khaldun juga membagi ilmu pengetahuan berdasarkan tingkat pemikiran yaitu: Pengetahuan praktis yang merupakan hasil dari memahami intelijen. Sehingga membuat kita mampu melakukan apapun di dunia dalam sebuah tatanan.

Pengetahuan tentang apa yang harus kita lakukan dan apa yang harus tidak kita lakukan. Hal ini berkaitan dengan apa yang baik dan apa yang buruk. Nilai-nilai tentang kebaikan dan keburukan bisa diperoleh dari intelijen empirik dan dapat diterapkan untuk menuntun kita saat berhubungan dengan orang lain.

Menurut dia, mengajarkan ilmu pengetahuan itu sangat penting, karena ilmu pengetahuan akan lebih mudah diperoleh manusia dengan bantuan dan ajaran gurunya.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile “the Cruel of Castile”.

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebasIslam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

AL-RAZI TOKOH FALSAFAH & PERUBATAN ISLAM


Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (محمد زکریای رازی) atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD – 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.

Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas (“work horse”) bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni. Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya’ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 – 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia. Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 – 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 – 295H bersamaan 901 – 908M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif. Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M).Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya. Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku ‘Ilm al’Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.

Kitab Perubatan karangan Al-Razi

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah. Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih diguna.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M. Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.

Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden. Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.

Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

 

Dua graf untuk menentukan apakah seseorang akan hidup atau mati berdasarkan nilai berangka nama pesakit. Dari salinan sebahagian Kitab Sirr al-Asrar karangan Al-Razi

Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al’Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan. Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al’Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI’Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al’Thabiiyah, dan al-Syukuk ‘ala Proclus.

Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah. Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.

Guru Al-Razi dan Penentangnya

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa indicates al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.

Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:

1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu’tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep ‘Masa’.

2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep ‘Nikmat’, dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.

3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma’ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam bukunya A’lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.

4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalam A’lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):

(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma’i berkenaan ‘Jisim (Matter)’.

(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada ‘Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)’.

5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam penulisannya:

(a) al-Misma’i, seorang Mutakallim, yang menentang ‘kebendaan (materialists)’, dijawab oleh penulisan (treatise) al-Razi.

(b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan ‘Memakan mulberries hitam selepas minum air tembikai’.

(c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua (epistles) dengan ulasan.

(d) al-Kayyal, seorang Mutakallim: al-Razi menulis buku berkenaan Theori berkenaan Imam nya.

(e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku “Makhluk“, yang dikritik oleh al-Razi.

(f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa’ili yang menentang alkhemist yang dipertikai oleh al-Razi.

6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa yang lebih tua pada al-Razi. Al-Razi mempertikai pendapatnya mengenai ‘rasa pahit’. Tambahan lagi dia membangkang gurunya Ya’qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia merendah-rendahkan alkhemist.

Sumber:  islamgrid.gov.my, wikipedia

IBN RUSHD – PEMIKIR & SAINTIS MUSLIM


Ibn Rushd merupakan seorang jenius dalam skop ensiklopedia. Beliau menghabiskan sebahagian besar hayatnya sebagai seorang hakim dan ahli perubatan. Hingga sekarang beliau dikenali di Barat sebagai pengulas agung terhadap falsafah Aristotle yang pengaruhnya menembusi minda hatta pendeta Kristian paling konservatif semasa Zaman Pertengahan termasuklah St. Thomas Aquinas. Orang ramai pergi kepada beliau untuk rujukan dalam perubatan sebagaimana mereka merujuk beliau dalam masalah hukum dan fiqh. Abu al-Walid Muhammad ibn Rushd (dikenali di Barat sebagai Averroes) dilahirkan di Cordova, Sepanyol pada tahun 520H (1128M). Bapa dan datuk beliau merupakan hakim terkemuka. Keluarga beliau terkenal dengan kesarjanaan dan ini memberi persekitaran yang sesuai untuk cemerlang dalam pembelajaran. Beliau mempelajari hukum-hakam, perubatan, matematik dan falsafah. Beliau mempelajari falsafah dan undang-undang daripada Abu Ja’far Harun dan Ibn Bajah.

Pada usia 27 tahun, Ibn Rushd telah dijemput oleh kerajaan al-Muwahhidun di Marrakesh (di Morokko) untuk membantu mereka dalam menubuhkan institusi-institusi pendidikan Islam. Sempena pertabalan Yusuf Tashfin, beliau diperkenalkan kepada baginda oleh seorang lagi ahli falsafah Muslim iaitu Ibn Tufail untuk membantu dalam menterjemah, meringkas dan mengulas beberapa hasil kerja Aristotle (dalam tahun 1169M).

Ibn Rushd dilantik sebagai qadhi (hakim) di Seville pada usia 44 tahun. Pada tahun tersebut beliau menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle “De Anima” (Haiwan). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Micheal Scott. Dua tahun kemudiannya beliau dipindahkan ke Cordova, tempat kelahiran beliau yang beliau habiskan 10 tahun sebagai hakim bandar tersebut. Sepanjang 10 tahun tersebut Ibn Rushd menulis ulasan terhadap hasil kerja Aristotle termasuklah Metafizik. Beliau kemudiannya dipanggil balik ke Marrakesh untuk bekerja sebagai doktor bagi Khalifah di sana, sebelum beliau pulang kembali ke Cordova sebagai Ketua Hakim.

Ibn Rushd amat mahir dalam permasalahan aqidah dan hukum-hukum, yang melayakkan beliau untuk jawatan qadhi (hakim), tetapi beliau juga sangat berminat dengan falsafah dan logik. Jadi beliau cuba mengharmonikan falsafah dengan agama dalam banyak karya beliau. Selain lapangan pengajian ini, beliau amat berminat dengan perubatan sebagaimana pendahulu beliau, Ibn Sina. Menurut ahli falsafah Perancis bernama Renan, Ibn Rushd telah menulis 78 buah buku mengenai pelbagai subjek.

Satu pemeriksaan cermat terhadap karya-karya beliau mendedahkan bahawa Ibn Rushd merupakan seorang kuat beragama. Sebagai contoh, kita mendapati dalam tulisan beliau, “Sesiapa yang mempelajari anatomi akan meningkatkan keimanannya terhadap kekuasaan dan keesaan Tuhan yang Maha Berkuasa.” Dalam karya-karya perubatan dan falsafah beliau, kita dapat melihat betapa dalamnya keimanan dan pengetahuan beliau mengenai al-Quran dan hadith, yang selalu dipetik beliau untuk menyokong pandangan beliau dalam pelbagai masalah. Ibn Rushd berkata bahawa kegembiraan yang sebenar bagi manusia pastinya dapat dicapai melalui kesihatan mental dan psikologi, dan orang ramai tidak dapat menikmati kesihatan psikologi melainkan mereka mengikuti jalan yang membawa mereka kepada kegembiraan di alam akhirat, dan melainkan mereka menyakini Tuhan dan keesaan-Nya.

Ibn Rushd mengulas bahawa Islam mensasarkan pengetahuan yang benar iaitu pengetahuan mengenai Tuhan dan ciptaan-Nya. Pengetahuan benar ini juga melibatkan perkara mengetahui pelbagai cara yang membawa kepada kepuasan duniawi dan menghindari kesengsaraan di alam akhirat. Pengetahuan amali jenis ini meliputi dua cabang:

  1. fiqh yang menyentuh aspek kehidupan manusia yang material atau nyata.
  2. sains rohani yang menyentuh permasalahan seperti sabar, syukur dan moral.

Beliau membandingkan undang-undang rohani dengan perubatan dalam kesan kedua-duanya ke atas manusia secara fizikal di satu sudut, dan secara moral dan rohani di satu sudut yang lain. Beliau menarik perhatian bahawa kesihatan rohani diistilahkan sebagai taqwa dalam al-Quran.

Salah satu manuskript Ibnu Rushd

Ibn Rushd membuat sumbangan cemerlang dalam falsafah, logik, perubatan, muzik dan fiqh. Tulisan-tulisan Ibn Rushd terbentang lebih daripada 20,000 muka surat, yang paling terkenal menyentuh mengenai falsafah, perubatan dan fiqh. Beliau menulis 20 buah buku mengenai perubatan.

Dalam falsafah, karya beliau paling utama Tafahut al-Tafahut (Kekeliruan Buku Tafahut al-Falasifah oleh al-Ghazali) ditulis sebagai jawapan kepada karya al-Ghazali. Ibn Rushd telah dikritik oleh ramai sarjana Muslim disebabkan buku ini, walaupun ia mempunyai pengaruh mendalam ke atas pemikiran Eropah sekurang-kurangnya sehingga kebangkitan falsafah moden dan sains ujikaji. Pandangan beliau mengenai takdir adalah bahawa manusia tidak sepenuhnya mengawal nasibnya dan tidak pula sepenuhnya nasibnya itu ditentukan untuknya. Beliau menulis tiga buah ulasan terhadap karya-karya Aristotle, yang semua ini (karya Aristotle) dikenali melalui terjemahan dalam bahasa Arab. Yang terpendek Jami mungkin dapat dianggap sebagai ringkasan bagi subjek tersebut. Yang sederhana adalah Talkhis dan yang terpanjang adalah Tafsir. Tiga buah ulasan ini dilihat sejajar dengan peringkat berbeza dalam pendidikan pelajar-pelajar; yang pendek untuk pelajar baru, kemudian yang sederhana untuk pelajar yang sudah biasa dengan subjek tersebut dan terakhir yang terpanjang untuk pengajian lanjut. Ulasan terpanjang pada hakikatnya merupakan sumbangan tulen, ia sebahagian besarnya berdasarkan analisis beliau termasuklah intrepretasi konsep-konsep al-Quran.

Ibn Rushd menulis banyak buku mengenai persoalan teologi, di sini beliau cuba menggunakan pengetahuan beliau dalam falsafah dan logik. Jadi adalah tidak mengejutkan bahawa karya-karya beliau begitu mempengaruhi kesarjanaan keagamaan Eropah, mekipun Ibn Rushd adalah bebas daripada banyak pandangan Averroism Barat. Professor Bammate dalam bookletnya Sumbangan Muslim kepada Tamadun (Muslim Contribution to Civilization) memetik kata-kata Renan: St. Thomas Aquinas adalah pelajar pertama Pengulas Agung (yakni Ibn Rushd). Albert Alagnus terhutang segalanya kepada Ibn Sina, St. Thomas secara praktiknya terhutang segala kepada Ibn Rushd.” Professor Bammate menyambung: “Father Asin Palacios yang menjalankan kajian-kajian intensif mengenai Averroism teologi St. Thomas dan tidak sama sekali mengklasifikasikan Ibn Rushd dengan Averrois Latin, mengambil beberapa teks ahli falsafah Cordova itu dan membandingkannya dengan Doktor Angelik, St. Thomas. Kesamaan dalam pemikiran mereka dikukuhkan oleh penggunaan ungkapan-ungkapan sama dengan Ibn Rushd. Ini tidak memberi ruang kepada sebarang keraguan tentang pengaruh kuat yang ahli falsafah Muslim (Ibn Rushd) berikan terhadap orang terbesar di kalangan ahli teologi Katholik tersebut.

Dalam perubatan, buku beliau yang terkenal Kitab al-Kulliyat fi Tibb (Buku Keseluruhan Mengenai Perubatan) ditulis sebelum tahun 1162M. Terjemahan dalam bahasa Latinnya dikenali sebagai ‘Colliget’. Di dalamnya, Ibn Rushd menghuraikan pelbagai aspek perubatan termasuklah diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit. Buku ini memfokuskan lapangan-lapangan khusus berbanding al-Qanun Ibn Sina, tetapi ia mengandungi beberapa pemerhatian tulen Ibn Rushd.

Dalam astronomi, beliau menulis sebuah karya mengenai perpergerakan sfera, Kitab fi Harakat al-Falak (Buku Mengenai Perpergerakan Astronomi). Menurut Draper, Ibn Rushd dikenang dengan penemuan titik suria. Beliau juga merumuskan Almagest tulisan Ptolemy dan membahagikannya kepada dua bahagian:

  1. penerangan mengenai sfera-sfera
  2. perpergerakan sfera-sfera

Rumusan Almagest ini telah diterjemahkan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Hebrew oleh Jacob of Anatoli pada tahun 1231.

Buku beliau mengenai fiqh Bidayat al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid (Permulaan Orang yang berijtihad dan Pengakhiran Orang yang berkeinginan) diyakini oleh Ibn Ja’far al-Dzahabi sebagai buku terbaik mengenai fiqh mazhab Maliki. Tulisan-tulisan Ibn Rushd diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Latin, Inggeris, Jerman dan Hebrew. Kebanyakan ulasan-ulasan beliau mengenai falsafah terpelihara dalam terjemahan bahasa Hebrew atau pun terjemahan bahasa Latin daripada bahasa Hebrew, dan sebilangan kecil dalam bahasa Arab. Ulasan beliau mengenai zoologi kebanyakannya telah hilang. Ibn Rushd juga menulis ulasan-ulasan mengenai Republic tulisan Plato, karya Galen tentang demam, logik al-Farabi dan banyak lagi. 87 buah buku beliau masih kekal wujud.

Ibn Rushd diyakini sebagai salah seorang pemikir dan saintis teragung pada kurun ke-12. Menurut Philip Hitti, Ibn Rushd mempengaruhi pemikiran Barat dari kurun ke-12 hingga kurun ke-16. Ulasan-ulasan digunakan sebagai teks standard berbanding karya-karya Aristotle dalam abad ke-14 dan 15. Buku-buku beliau dimasukkan dalam sukatan pelajaran universiti Paris dan universiti-universiti Eropah yang lain sehinggalah kemunculan sains-sains ujikaji moden. Ibn Rushd dikaji di Universiti Mexico sehingga tahun 1831.

%d bloggers like this: