HIKMAH LARANGAN PERSETUBUHAN KETIKA HAID


SUMBER: halaqah.net

IRFANIRSYAD

Soalan: 
Apakah hikmah diharamkan bersetubuh dengan isteri yang dalam haid?

Jawapan:

Antara hikmah pengharamannya ialah, ia boleh mengakibatkan penyakit kepada suami dan juga isteri. Banyak kajian saintifik yang dilakukan, membuktikan larangan Islam ini ada kewajarannya.

Wanita dalam haid sebenarnya mengalami perubahan hormon dalam badannya. Saluran darah di rahim dan faraj akan mengembang. Oleh kerana saluran darah adalah amat lembut, ia mudah pecah apabila berlaku kemasukan zakar pada faraj dan pangkal rahim.

Teori perubatan memperakui bahawa darah haid ada unsur-unsur penyakit. Dr. Muhammad Ali al-Bar dalam bukunya Daurah al-Arham (Fungsi Rahim) di bawah tajuk Haid Sebagai Penyakit menyatakan : “Keseluruhan dinding penutup rahim terpercik sepanjang tempoh haid. Setelah meneliti darah haid melalui kanta, kita dapat melihat pad titisan darah merah dan putih, terdapat kepingan dinding penutup rahim dan rahim menjadi luka bagaikan kulit yang mengelupas.”

nyeri-haid-berlebihan-web-300x300
Menurutnya lagi, “Oleh itu, rahim terdedah kepada serangan bakteria. Darah merupakan medium yang paling mudah untuk bakteria membiak. Semasa haid keluar, daya ketahanan rahim menjadi lemah untuk menghadapi serangan bakteria. Bakteria yang terdapat pada permukaan zakar boleh menyebabkan bahaya besar kepada rahim. Ia bertambah bahaya lagi apabila daya ketahanan rahim untuk melawan bakteria sangat lemah ketika haid kerana sangat sedikit proses pengasingan saluran fallopio berasid yang membunuh bakteria.”

Persetubuhan semasa haid juga boleh menyebabkan radang rahim dan radang saluran fallopio yang membawa kepada kesakitan sepanjang hayat dan sukar diubati malah merebak kepada penyakit lain seperti :

  • Radang yang berlanjutan kepada dua ovari pada rahim.
  • Radang yang berlanjutan ke saluran kencing.
  • Rasa kesakitan yang sangat kuat ketika haid.
  • Daya ketahanan yang berkurang.
  • Keinginan seks yang semakin berkurang dan cenderung untuk bersendirian.
  • Penyakit berjangkit kepada pasangan lelaki khususnya kebengkakan yang memberi risiko kepada organ kencing.
  • Kepeningan atau migrain.

(Surah al-Baqarah: 222)
Benarlah firman Allah SWT,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّـهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ﴿٢٢٢

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Walaupun ia adalah kotor, namun Islam tidaklah menyuruh supaya menyisihkan isteri ketika haid sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Mereka tidak mahu makan bersama, tidur bersama, malah tidak mahu isteri tinggal bersama ketika dalam haid. Nabi SAW sendiri pernah makan dan tidur bersama dengan isterinya ketika isterinya dalam haid. Ini menzahirkan bagaimana Islam memuliakan wanita walaupun dalam keadaan haid. Wallahua’lam.

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

HUKUM SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK


Kewajiban Suami Kepada Isteri

BERDOSA JIKA SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK.

Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yang tidak boleh dinafikan yang dinyatakan dlm al-quran dan hadis.

Jika suami mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kepada Allah, boleh didakwa sama ada di dlm dunia @ di akhirat.

Surah Al-Baqarah : 233

Allah berfirman: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnyaTidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. “

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dgn cara yang terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami utk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dlm aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri utk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tido.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kepada para suami, jika suami mberi nafkah kepada isteri, suami akan mendpt ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Jgn susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki utk mereka yang mengeluarkan nafkah utk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan kalo belanjakan harta kepada isteri dan anak2 spt pahala lebih besar drpd fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : 231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di mana Allah pesan jgn buat aniaya kepada isteri. Barangsiapa yang mbuat aniaya thdp isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yang melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan drpd Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri.
1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja.
2. Kekurangan pengetahuan undamg2.
3. Keliru dgn Keutamaan.

Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kepada isteri adalah lebih utama drpd satu dinar yang disumbangkan ke jalan fisabillah.
4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak2 maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.
Undang2 Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil @ menyeret mana2 suami yang mengabaikan nafkah terhadap isteri.

Hindun, isteri Abu Sufian mengadu pada mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sgt kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yang dia telah mengambil duit drpd kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak2 lelaki hendaklah smp dia bole berdikari (bekerja)
Nafkah anak2 perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak2 tidak mendpt role model yang terbaik drpd bapa mereka.

Kesan bapa yang mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak2
1. Anak2 akan membesar dgn emosi yang tidak stabil.
2. Anak2 lelaki akan membesar terbawa2 sikap tak btanggungjawab bapanya itu.
2. Anak2 perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yang membesar tanpa belaian kasih sayang yang secukupnya dr bapanya, mereka ini benci pd lelaki dan benci pd perkahwinan.
kemungkinan bole dendam pd lelaki @ terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak2 yang menjadi mangsa yang dizalimi oleh suami @ bapa yang tidak bertanggungjawab dlm pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, “Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita.”

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;”sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu.”(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, ” Apa yang kita kena buat pada isteri kami.” Maka Rasulullah berkata, “Apa yang kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yang kamu pakai, jangan memukul mereka, jgn mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P
1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!”

Doa agar hbgn menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga :

Surah Al-Hasyri Ayat 10: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu”

Sesungguhnya suami yang abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita.

Sumber : In My Mind

%d bloggers like this: