SOLAT JENAZAH


solat-jenazah

MUKADIMAH

Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-‘Imran ayat 185 :

1

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati .”

2

Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

“Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan oleh manusia lain dalam menguruskan jenazah seperti memandikan ,mengkhafankan,menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan .

Di dalam buku risalah kecil ini, akan diterangkan cara-cara menyembahyangkan jenazah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

ORANG YANG HAMPIR MATI

Orang yang sakit ,yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir ,hendaklah dihadapkan ke kiblat,dibaringkan di atas lambungan yang kanan,muka dan dadanya dihadapkan ke kiblat ,kalau tidak boleh hendaklah ditelentangkan dan dua tapak kakinya dihalakan ke kiblat
Hendaklah diajar mengucap kalimah tauhid (dengan tidak bertubi-tubi), tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid.
Dibacakan Surah Yaasiin() dan surah Ar-Ra’du ().
PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI

Apabila telah mati (yakin matinya) , hendaklah ditutup matanya , diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya ,dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak,ditutup seluruh badanya dengan kain dan diletakkan ditempat yang tinggi ,umpamanya diatas katil ,dan diletakkan diatas perutnya benda-benda yang berat ( lebih kurang 1 paun).
Ahli-ahli keluarga mayat itu hendaklah berikhitar membayar hutangnya daripada harta peninggalannyaatau daripada pertolongan ahli-ahli keluarga mayat itu atau seseorang waris atau orang lain membut pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya .
Hendaklah disebutnya membayar akan hutangnya.
Hendaklah disebutkan kebaikkan dan medoakan keampunan baginya.
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG
BERHUBUNG DENGAN MAYAT

Apabila mati seseorang Islam , maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardu kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat):

Memandikan
Mengkhafankan
Menyembahyangkan
Mengkebumikan
Peringatan :

Semua perbelanjaan mengururskan mayat ini ialah daripada harta peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya,anak kecil wajib atas bapanya ,sekiranya tidak ada ,maka tertanggunglah ke atas orang islam yang kaya .

TUJUAN MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH

Sembahyang jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.

Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.

Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

Niat
Berdiri jika berkuasa
Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
Membaca surah al-Fatihah
Membaca selawat ke atas nabi
Mendoakan mayat
Memberi salam
Nota :

Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah.
Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH

Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
Menutup aurat dan menghadap kiblat
Mayat sudah dimandikan dan dikafankan
Mayat diletakkan di hadapan kecuali mayat ghaib
Mayat diletakkan dekat dengan orang sembahyang lebih kurang tiga kaki
Mayat hendaklah muslim
Matinya tidak kerana perang fisabilillah5
PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH

Mengangkat kedua tangan semasa mengucapkan empat takbir
Merendahkan suara dalam sembahyang
Membaca

Berjamaah sekurang-kurangnya tiga saf,setiap satu saf sekurang-kurangnya dua orang.
Nota:

Yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya,iaitu bapanya kemudian datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa.Kemudian anak saudara seibu sebapa ,kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham,jika didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua.

CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH

Letakkan mayat di hadapan imam
Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat
Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat
Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat
Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya
PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH

Berdiri (Bagi yang berupaya)
Niat
Takbiratu Ihram
Selepas Takbir Pertama :
Membaca Al-Fatihah

3
Selepas Takbir Kedua :
Membaca Selawat Atas Nabi

4
Selepas Takbir Ketiga :
Membaca Doa

5

Jika jenazah kanak-kanak, bacakan doa ini:

6
Selepas Takbir Keempat :
Memberi Salam

7
LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA

LAFAZ-LAFAZ NIAT
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)
8
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta’ala)

ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)
8

(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta’ala)

iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)
10

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta’ala)

iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)
11

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta’ala)

 

PEMISAHAN LELAKI DAN WANITA DALAM KEHIDUPAN ISLAM


SYARIAT ISLAM MENETAPKAN ADANYA PEMISAHAN LELAKI DAN WANITA DALAM KEHIDUPAN ISLAM

Realiti hari ini menyaksikan kehidupan manusia baik lelaki mahupun wanita telah terkeluar daripada landasan agama, sebagaimana keluarnya anak panah daripada busarnya.  Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali berpandukan ajaran Islam.  Dalam fenomena seperti ini, perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) seakan-akan tidak wujud dalam kehidupan seharian.  Di mana-mana sahaja, kita sering melihat pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita, baik di sekolah, universiti, pejabat mahupun di tempat-tempat awam yang lain. Pergaulan tanpa batas seperti menjadi budaya dan semakin mendarah daging dalam masyarakat hari ini.

Istilah coupling sangat popular dewasa ini.  Bila melihat sepasang couple yang sedang berjalan, berpimpin tangan, berpelukan dan bercium-ciuman, perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan.  Salah satu faktornya adalah keadaan anak-anak sudah diracuni dengan rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur pergaulan bebas, sedangkan Islam membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang bermaksud “Janganlah lelaki  berduaan dengan perempuan (bukan mahram) kerana yang ketiganya adalah syaitan.” [HR. Abu Dawud].

Sabda baginda lagi dalam hadisnya  “Tiap menjelang pagi hari dua malaikat berseru: ‘celaka laki-laki dari godaan wanita dan celaka wanita dari godaan laki-laki. [HR. Ibnu Majah dan Al Hakim]

Dua hadis ini menggambarkan bahawa Islam melarang keras pergaulan bebas antara laki-laki dan wanita.  Justeru, Islam memberi garis panduan kepada umatnya bagaimana cara pergaulan yang dibolehkan dalam Islam.

Kehidupan Lelaki Dan Wanita Dalam Islam
Dalam konteks kehidupan Islam telah ditetapkan di dalam sejumlah nash syariat bahwa kehidupan kaum lelaki terpisah daripada kaum wanita.  Ketentuan ini berlaku dalam kehidupan khusus, seperti di rumah, pejabat, dan yang sejenisnya ataupun dalam kehidupan umum seperti di pasar-pasar, di jalan-jalan umum dan sejenisnya. Ketentuan tersebut merupakan ketetapan yang diambil secara pasti daripada sejumlah hukum Islam yang berkaitan dengan lelaki, wanita, atau kedua-duanya. Juga diambil daripada seruan al-Quran kepada kaum wanita dalam kedudukannya sebagai wanita dan kepada kaum lelaki dalam kedudukannya sebagai lelaki.  Sebagaimana Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

Kaum lelaki dan kaum wanita yang gemar bersedekah, kaum lelaki dan kaum wanita yang gemar berpuasa, kaum lelaki dan kaum wanita yang senantiasa memelihara kehormatannya, kaum lelaki dan kaum wanita yang banyak menyebut nama Allah“.  [TMQ al-Ahzâb (33): 35]. Kehidupan lelaki dan wanita yang terpisah semacam ini telah diamalkan oleh masyarakat Islam daripada zaman Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam dan seluruh kurun sejarah Islam.

Jika kita meneliti sejumlah dalil al-Quran dan as-Sunnah, kita akan menemukan ketetapan Allah Subhanahu Wa Taala bahawa kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki dalam perkara yang melibatkan jenayah.  Ini kerana kaum wanita di dalam kehidupan Islam, terpelihara dari kehidupan (atau berada dalam wilayah) yang berkemungkinan atau mempunyai potensi berlakunya jenayah.  Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud  “Jika tidak ada dua orang lelaki maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan”. [TMQ. al-Baqarah (2):282]. Begitu juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam, beliau bersabda “kesaksian dua orang wanita sebanding dengan kesaksian seorang laki-laki”.

Allah Subhanahu Wa Taala dengan jelasnya telah mewajibkan kaum wanita untuk mengenakan jilbab jika mereka hendak keluar dari rumah. Allah telah menjadikan seluruh tubuh wanita sebagai aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Allah telah mengharamkan keatas wanita untuk memperlihatkan perhiasannya terhadap selain mahram-nya. Allah pun telah melarang kaum lelaki melihat aurat wanita meskipun hanya sekadar rambutnya. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam kepada Asma’ binti Abu Bakar : “Asma sesungguhnya seorang wanita itu, jika telah baligh (mengalami haid), tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini (seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya)”. Manakala firman Allah Subhanahu Wa Taala. “Janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak pada dirinya”.  [TMQ. an-Nur (24):31]

Selain itu, Allah juga telah melarang para wanita daripada melakukan perjalanan yang jauh walaupun untuk menunaikan ibadah haji, jika mereka tidak disertai oleh mahramnya.  Seterusnya Allah Subhanahu Wa Taala juga melarang seseorang untuk memasuki rumah orang lain kecuali dengan seizin penghuninya.  Allah Subhanahu Wa Taala tidak mewajibkan kaum wanita melakukan solat berjamaah, solat Jumaat, ataupun melibatkan diri dalam aktiviti jihad (perang).  Sebaliknya, Allah mewajibkan semua aktiviti tersebut kepada kaum lelaki. Allah Subhanahu Wa Taala mewajibkan kaum lelaki berusaha mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarga, tetapi Allah tidak mewajibkan hal itu kepada kaum wanita.

Seluruh fakta-fakta di atas boleh dikaitkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Beliau telah memisahkan kaum lelaki daripada kaum wanita, menjadikan shaf-shaf kaum wanita ketika menunaikan solat di dalam masjid berada di belakang shaf-shaf kaum lelaki, memerintahkan kaum wanita keluar lebih dahulu setelah selesai menunaikan solat berjamaah di dalam masjid kemudian disusuli oleh kaum lelaki.  Dengan itu, keterpisahan antara kaum wanita dengan kaum lelaki sentiasa terpelihara.

Suatu saat, tatkala Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam mengajar di masjid, kaum wanita mengadu kepada beliau, “Kami telah dikalahkan oleh kaum lelaki.  Oleh karena itu, hendaklah engkau menyediakan waktu khusus bagi kami satu hari saja”.

Semua hukum, keadaan, dan realiti yang terjadi itu menunjukkan tentang fakta kehidupan Islam di zaman Rasulullah dan para sahabat. Kehidupan Islam adalah kehidupan yang memisahkan antara kaum lelaki dan kaum wanita.  Keterpisahan antara kedua-dua jantina dalam kehidupan Islam adalah bersifat umum, tidak dibezakan sama ada hal itu berkaitan dengan kehidupan khusus atau kehidupan umum. Ini kerana, kehidupan Islam pada zaman Rasulullah Sallallahu Alahi Wa Sallam telah memisahkan kaum lelaki daripada kaum wanita secara mutlak, baik dalam kehidupan khusus mahupun dalam kehidupan umum, tanpa pengecualian.

Perhubungan Yang Dibolehkan Dalam Islam
Di samping keterbatasan yang dibincangkan di atas, dalam beberapa keadaan tertentu, Allah Subhanahu Wa Taala telah menetapkan boleh berlakunya pertemuan atau hubungan di antara lelaki dan perempuan, baik dalam kehidupan khusus mahupun dalam kehidupan umum.  Misalnya, dalam urusan muamalat, dibolehkan kaum wanita untuk melakukan jual beli seperti mengambil dan menerima barang, memiliki harta dan mengembangkannya. Dalam urusan ibadah pula, diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan ibadah haji, membolehkan mereka untuk hadir dalam solat berjemaah, berjihad melawan orang-orang kafir dan sejumlah aktiviti lain yang memang dibolehkan ke atas mereka. Semua aktiviti di atas dibolehkan oleh syariat Islam terhadap kaum wanita.

Jika pelaksanaan berbagai aktiviti di atas dibolehkan, ini bermakna, syariat Islam membolehkan berlakunya hubungan di antara lelaki dengan wanita.  Akan tetapi hubungan yang dibolehkan tetap berada dalam batasan yang telah ditentukan oleh syariat dan berada dalam wilayah aktiviti yang dibolehkan ke atas mereka sahaja, seperti aktiviti jual-beli, pekerjaan, pendidikan, perubatan, pertanian, industri dan sebagainya.  Sebab, dalil tentang bolehnya berlaku hubungan di antara keduanya sememangnya wujud atau terjadi karena adanya aktiviti-aktiviti semacam yang disebutkan itu.

Perhubungan Yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam
Di dalam kehidupan Islam, syariat Islam sama sekali tidak membolehkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram menjalinkan perhubungan di antara keduanya seperti berjalan bersama-sama di jalan-jalan umum, pergi bersama-sama ke masjid, ke pasar, mengunjungi kaum keluarga atau bersuka ria seperti makan dan minum bersama. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya. ”  [TMQ. an-Nur (24):30-31]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,

Wahai Ali, janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu”. [HR Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi]

Oleh yang demikian, pertemuan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dalam perkara-perkara di atas dipandang sebagai perbuatan dosa, meskipun hal itu dilakukan dalam kehidupan umum.

Atas dasar inilah, adanya pemisahahan antara lelaki dan wanita merupakan suatu kewajipan dan keterpisahan antara keduanya dalam kehidupan khusus mesti dilakukan secara sempurna, kecuali dalam perkara-perkara yang dibolehkan oleh syariat.

Manakala dalam kehidupan umum, pada dasarnya status keduanya adalah terpisah.  Keduanya tidak boleh melakukan pertemuan dan perhubungan selain yang telah dibolehkan, diharuskan, atau disunnahkan bagi wanita. Pengecualian ini berlaku bagi wanita dalam sejumlah aktiviti  yang sememangnya menuntut adanya pertemuan dan perhubungan dengan lelaki, iaitu dilakukan secara terpisah seperti halnya di dalam masjid, atau disertai dengan adanya ikhtilâth (campur-baur), sebagaimana dalam aktiviti ibadah haji atau jual beli.

Khatimah
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. [TMQ Al Maaidah (5):3]

Sebagai Agama yang sempurna, Allah Subhanahu Wa Taala telah  menjadikan manusia sebagai penghuni di bumi ini, Allah Subhanahu Wa Taala jugalah yang telah menetapkan hukum-hakam yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Hanya manusia yang benar-benar bertakwa sahajalah yang akan sentiasa mengikuti petunjuk Allah. Sebagaimana Firman Allah

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan RasulNya, jika Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang  memberikan kehidupan kepada kalian”.  [TMQ: an-Anfal (8):24].

Wallahua’lam.

sumber : mykhilafah.com


qtl { position: absolute; border: 1px solid #cccccc; -moz-border-radius: 5px; opacity: 0.2; line-height: 100%; z-index: 999; direction: ltr; } qtl:hover,qtl.open { opacity: 1; } qtl,qtlbar { height: 22px; } qtlbar { display: block; width: 100%; background-color: #cccccc; cursor: move; } qtlbar img { border: 0; padding: 3px; height: 16px; width: 16px; cursor: pointer; } qtlbar img:hover { background-color: #aaaaff; } qtl>iframe { border: 0; height: 0; width: 0; } qtl.open { height: auto; } qtl.open>iframe { height: 200px; width: 300px; }

%d bloggers like this: